Sunday, October 25, 2009

Ulasan exam Bahasa Melayu kertas 2( ringkasan)

Bahagian ringkasan cikgu dah habis semak. selesai satu lagi perkara. Kesimpulan yang cikgu boleh buat ialah, korang sudah boleh mengenal pasti isi-isi penting.Bagus, syabas dan tahniah. So markah isi kebanyakkan dapat markah penuh. Walaubagaimanapun , terdapat beberapa perkara yang tak sepatut korang buat kerana perkara ini boleh mengurangkan markah korang.

Antaranya :

  1. Ada pelajar menulis melebihi 80 patah perkataan. Perlu diingat dalam exam PMR nanti lebih 80 perkataan aje pemeriksa tak nak semak. Isi-isi terdapat pada 80 perkataan yang lebih itu tak akan dikira.. ruginyeee....
  2. Ada juga antara korang yang still buat perenggan... Dah kata jangan buat... tapi masih ade yang buat... so next time jangan buat ok..
  3. Pembuat pendahuluan seperti pendahuluan karangan.. Dalam ringkasan tak payah benda tuh.. jawap terus apa yang dia nak sbb korang ada 80 patah perkataan aje..
  4. Dalam ringkasan tak perlu nak selitkan peribahasa, kata-kata hikmah, perumpamaan dan seangkatan dengannya. jangan membazir perkataan dan masa.
  5. Ayat tergantung cth : kepentingan pembacaan kepada pelajar ialah memberi manfaat. sampai situ saja, manfaat ape.
  6. Ada juga pelajar yang membuat kesimpulan di akhir ringkasan.
  7. ada juga pelajar yang tak jawap langsung. Sekiranya korang tak tau nak wat ape.. blur sangat... salin aje balik petikan tersebut.. sekurang-kurangnya dapat markah bahasa.
ok.. rase-rase itu aje kot benda-benda yang perlu kamu elakkan dalam ringkasan ok.. nanti cikgu update lagi jawapan dan ulasan bm kertas 1.

2 comments:

  1. saye rase ingin berterima kasih...
    so...saye wat post psl blog cikgu...
    harap cikgu x marah~

    http://gigakabuto.blogspot.com/2009/10/tq-cikgu.html

    ReplyDelete
  2. tak marah... nak marah wat ape...
    thanks promot... free promo nie...
    study sbb apa salah...
    ok

    ReplyDelete