Wednesday, December 16, 2009

Kelas Form 3( 2010)

Akhirnya kelas korang tahun depan telah pun kuar... cikgu pun excited gak nak tau mcm mana kedudukan korang tahun depan.. mmg terkejut doh..

korang leh download kat link nie

http://www.ziddu.com/download/7763153/kelas2010.pdf.html

tahun depan belajar rajin2.. korang dah nak pmr... all the best... insya-Allah kalau ada rezeki kita jumpe lagi..

Friday, November 27, 2009

buah hati cikgu

dorang tiga org nie... buah hati cikgu... sayang giler dorang... masa hari raya korban semua dtg.. mmg kecoh dan huru hara umah... tapi besh... gelak enjoy giler tengok dorang.... nie paling besh.. part mandi kolam... seronok main air... sampai tak nak naek... heheheheh






Monday, November 16, 2009

SPM

Kepada semua bebudak yang cikgu kenal.. baek di SMK Bandar Puchong Jaya ngan kat SMK Seksyen 7... cikgu nak ucapkan semoga berjaya dlm SPM nie... buat sehabis baek yang korang boleh buat... Jangan mengalah... jawap semua soalan.. jgn tidor... All the best ok... Doa cikgu untuk kejayaan korang semua...

Wednesday, November 11, 2009

Genting Highland

Akhirnya trip yang di tunggu-tunggu ke Genting Highland dah pun berakhir.. semuanya berjalan lancar... Alhamdullilah.... So berakhirlah trip lawatan tahun 2009..

Cikgu seronok dan puas hati lah kat genting.. dan berharap korang pun sama... kenangan bersama korang semua kat genting kali nie mmg cikgu tak akan lupekan.. dan banyak sungguh gambo2 yang di tangkap... penuh hard disk cikgu nie... sapa ada hard disk kosong.. kasik pinjam boleh... korang semua pun tak buat masalah.. senang kerja cikgu... tahun depan kalau ada lagi insya-Allah kita buat lagi.... tapi korang dah pergi pagi... macam mana tuh....

yang besh masa nak kat umah hantu.. walaupun tak berhantu cikgu kelako giler tengok adib.. mmg penakut tahap gaban punya.... masuk snow world pun besh.. sorang cikgu serang ngan ais ball tapi lepas tu 10 org lak serang cikgu balik... hahhahaha.. mmg enjoy... masa main space shot tuh pun menarik gak.. siap ada yg menangis... paling terkejut bila melihat air mata haikal berlinang... kekekekekkekeke... dan banyak lagi lah benda2 besh yg tak tertulis... besh lah kat sana..

nanti cikgu updatekan gambar2 disana... supaya dapat dikongsi oleh kite semua dan kenangan bersama2... ok..

Sunday, November 8, 2009

cameron dah selesai.. tinggal genting pulak...

alhamdullilah.... trip ke cameron highland dah abis... semua dah sampai balik shah alam ngan selamat... mcm2 hal terjadi tapi still enjoy.. seronok tangkap gambor ..... walaupun cikgu mengajo petang dan berapa kerat aje korang yg cikgu kenal.. tapi still enjoy.. korang pun friendly n gile2... so cikgu pun happy.... nanti cikgu upload kan gambo2 t kat myspace ngan sket kat blog...


esok nak pi genting highland lak... kalau cameron bebudak pagi aje yg pergi pergi kali nie genting bdk petang lak.. arap2 semua selamat tak ade apa2 masalah... nanti kat sekolah cikgu buat taklimat ringkas

chalos.. jumpe kat sekolah nanti

Friday, November 6, 2009

Seminggu lagi.......

Apa yang seminggu lagi tuh... seminggu aje lagi sesi persekolah 2009 akan berakhir.... then bebudak form 5 lak nak SPM... dan itu bermaksud tamat lah kontrak cikgu dekat SMK Seksyen 7.. Kalau ada rezeki insya-Allah dapat sambung kontrak, berjumpe lagi kita....

Apa-apa pun cikgu seronok mengajar di seven, seronok berkenalan dengan korang semua, banyak pengalaman baru cikgu dapat, cikgu mengajar kamu dan cikgu juga belajar daripada kamu, terima kasih cikgu ucapkan...

tahun depan bebudak form 2 akan ke pagi... dah nak pmr korang.. sekejap aje.. tak ngajo korang dah... jgn nakal2... cikgu pagi garang2.... nanti korang akan merindui zaman sekolah ptg korang...

ok... cikgu nak bersiap ke cameron highland...

Thursday, November 5, 2009

Info lawatan ke Cameron Highland........




Lawatan ke Cameron Higland :-

Tarikh : 7 November - 8 November 2009
Masa Berkumpul: 6.30 am (digalakan dtg seawal mungkin)
Bertolak : 7.00 am ( sapa lambat tingal leee.... hehehehe)

Tentetif program untuk lawatan ke Cameron Highland boleh di download di bwh nie atau pi ambik kat bilik kanseling.

Memang pada awalnye plan nak gerak malam, tapi disebabkan faktor keselamatan kita kene ubah ke plan bertolak pagi. mmg kita pergi nak enjoy tetapi keselamatan hendaklah diutamakan... jgn lupe dtg awal tau... suruh2 lah kawan2 korang buat morning call...

Sebarang pertanyaan boleh call cikgu-cikgu atau dtg aje bilik kanseling tanya... tapi kalau nak call gak.... call en mad aje... 2 nom cikgu yang cik-cik tu jgn lak gatal2 korang call... ade gak makan daun teh mentah... silap2 pokok teh korang makan.. hehehehehhe

Sunday, November 1, 2009

Jawapan untuk BM1 (Pemahaman Komsas)

Bahagian nie cikgu just bagi jawapan yang betul saje....

31. D
32. D
33. C
34. A
35. B
36. D
37. A
38. A
39. C
40. B

Semua jawapan dah diberitahu... yang penting ialah ulasan setiap jawapan tersebut... Kesimpulan kertas BM1 kali nie agak susah... papahal pun kita belajar dari kesalahan kita...

Saturday, October 31, 2009

Soalan dan jawapan BM 1 (Peribahasa)

28. Peribahasa hati gajah sama dilapah hati kuman sama di cecah mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa berikut kecuali

A. Ke bukit sama di daki , ke lurah sama dituruni.
B. Bagai aur dengan tebing.
C. Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing.
D. Kerbau di pegang pada talinya, manusia di pegang pada janjinya.

Soalan ni 29

Bagai kumbang putus tali

Maksud yang sesuai untuk peribahasa ini ialah

A. Segera menghilang setelah terlepas dari masalah
B. Tidak tahu mengenang budi
C. Hilang tempat bergantung
D. Suka melarikan diri dari masalah

30. Pembahas-pembahas itu ____________ untuk mempertahankan hujah-hujah yang berkaitan dengan tajuk "Kemajuan Lebih Penting daripada Alam Sekitar".

A. bertali arus
B. berbanyak mulut
C. bertikam lidah
D. bersengkang mata

Soalan dan jawapan BM 1 (memilih ayat yang betul)

Soalan no 25:

  1. Faiz menghalau semua lembu-lembunya ke dalam kandang.
  2. Surat-surat itu kami sudah terima pada minggu lepas lagi.
  3. Adakah mereka akan datang lagi ke sekolah pada minggu depan?
  4. Berita keganasan harimau yang membaham beberapa orang petani pada minggu lepas menjadi tajuk utama berita.
Jawapan dan ulasan :

D. 3 dan 4
  • pilihan jawapan 1 salah kerana penggunaan kata nama bilangan yang digandakan iaitu semua lembu-lembunya. Yang betul ialah semua lembunya atau lembu-lembunya.
  • pilihan jawapan 2 salah kerana mengandungi kesalahan pembentukan struktur ayat pasif pelaku diri pertama. Frasa yang betul ialah sudah kami terima
  • pilihan jawapan 3 dan 4 tiada kesalahan.

Soalan no 26 :
  1. Pada setiap petang Tok Aqi akan duduk diserambi sambil menghisap paip.
  2. Beriadah sebaik-baiknya dijadikan aktiviti pada hujung minggu.
  3. Sektor pertanian merupakan kegiatan penting bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan tempatan.
  4. Polis membuat serbuat di atas penjaja yang menjual VCD haram di sepanjang laluan itu.
Jawapan dan ulasan :

B. 2 dan 3
  • pilihan jawapan 1 salah kerana frasa sendi nama diserambi seharusnya dieja secara jarak iaitu di serambi.
  • pilihan jawpan 4 salah kerana frasa sendi nama di atas tidak sesuai. Jawpaan yang betul ialah terhadap. Di atas bermaksud tempat atau bahagian sebelah atas seperti di atas meja.
  • pilihan jawapan 2 dan 3 tiada kesalahan.

Soalan no 27 :
  1. Anak kambing yang hilang itu akhirnya ditemukan terjatuh di dalam sumur di belakang rumah tuannya.
  2. Kadang kala kita tidak dapat menyangka natijah daripada ujian yang menimpa kita.
  3. Penduduk kampung terpaksa mengharungi air bah yang semakin tinggi selepas hujan turun dengan tidak berhenti-henti.
  4. Harta pusaka tinggalan datuknya telah habis tergadai kerana dijadikan sebagai taruhan.

Jawapan dan ulasan :


D. 1, 2, 3 dan 4
Semua pilihan jawapan tiada kesalahan.

Friday, October 30, 2009

Soalan dan jawapan akhir tahun BM1 (Ayat sama maksud)

22. Semangat kerjasama dan bersatu padu dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum pada perlu dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi bagi melahirkan masyarakat yang harmoni.

Jawapan :

B. Masyarakat yang harmoni dapat diwujudkan dengan menyemaikan semangat kerjasama dan bersatu padu dalam kalangan pelajar yang berlainan kaum pada masa kini sejak mereka di alam sekolah rendah lagi.



23. Makanan segera banyak mempunyai garam yang tidak sesuai dimakan, terytama oleh kanak- kanak.

Jawapan :

C. Makanan segera tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak kerana makanan tersebut mempunyai kandungan garam yang tinggi.

24. Pembangunan yang tidak dirancang menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar.

Jawapan :

D. Perancangan yang tidak teliti dalam pembangunan akan mengakibatkan alam sekitar mengalami kemusnahan.






final exam dah abis.....

seronok giler korang tadi... menjerit bagai nak rak... mercun meletup2... suke tak henggat yek...
tak apelah.. dah abis exam pun.. yg main mercun tadi kita dah dpt kenal pasti beberapa org.. siap lah korang ari senin nanti.... masak asam petai lah korang...

apa2lah pun sekolah masih belum cuti... nanti dtg pulangkan buku teks.. then ada hari koko..
di samping tu ada gak lah aktiviti yg telah dirancang.... banyak lah jugak...

antara aktiviti yg cikgu ingat...

3/11- lawatan ke bread town
5/11- hari koku
6-8/11- lawatan ke cameron highlang
10-11/11- lawatan ke genting highland

korang dah abis exam...besh nye.. cikgu tengah sibuk tanda kertas.. hahahha...
nanti cikgu update about bm kertas 1 dan rumusan kertas 2...

Sunday, October 25, 2009

Ulasan exam Bahasa Melayu kertas 2( ringkasan)

Bahagian ringkasan cikgu dah habis semak. selesai satu lagi perkara. Kesimpulan yang cikgu boleh buat ialah, korang sudah boleh mengenal pasti isi-isi penting.Bagus, syabas dan tahniah. So markah isi kebanyakkan dapat markah penuh. Walaubagaimanapun , terdapat beberapa perkara yang tak sepatut korang buat kerana perkara ini boleh mengurangkan markah korang.

Antaranya :

  1. Ada pelajar menulis melebihi 80 patah perkataan. Perlu diingat dalam exam PMR nanti lebih 80 perkataan aje pemeriksa tak nak semak. Isi-isi terdapat pada 80 perkataan yang lebih itu tak akan dikira.. ruginyeee....
  2. Ada juga antara korang yang still buat perenggan... Dah kata jangan buat... tapi masih ade yang buat... so next time jangan buat ok..
  3. Pembuat pendahuluan seperti pendahuluan karangan.. Dalam ringkasan tak payah benda tuh.. jawap terus apa yang dia nak sbb korang ada 80 patah perkataan aje..
  4. Dalam ringkasan tak perlu nak selitkan peribahasa, kata-kata hikmah, perumpamaan dan seangkatan dengannya. jangan membazir perkataan dan masa.
  5. Ayat tergantung cth : kepentingan pembacaan kepada pelajar ialah memberi manfaat. sampai situ saja, manfaat ape.
  6. Ada juga pelajar yang membuat kesimpulan di akhir ringkasan.
  7. ada juga pelajar yang tak jawap langsung. Sekiranya korang tak tau nak wat ape.. blur sangat... salin aje balik petikan tersebut.. sekurang-kurangnya dapat markah bahasa.
ok.. rase-rase itu aje kot benda-benda yang perlu kamu elakkan dalam ringkasan ok.. nanti cikgu update lagi jawapan dan ulasan bm kertas 1.

Saturday, October 24, 2009

Soalan dan jawapan exam akhir tahun BM (membetulkan struktur ayat)

18. Kemajuan pembangunan di negara ini kian berkembang daripada tahun ke setahun.

A. diperkembangkan dari setahun ke setahun.
B. berkembang dari tahun ke setahun.
C. berkembang dari setahun ke setahun.
D. berkembang daripada tahun ke setahun.

ulasan :
kata kerja transitif berkembang dan frasa nama dari ...... ke tepat digunakan dan frasa setahun ke setahun betul penggunaannya.

19. Akan saya ketengahkan perkara ini supaya tindakan dapat diambil oleh pihak sekolah.

A. Perkara ini akan saya mengetengahkan
B. Akan saya mengetengahkan perkara ini
C. Saya akan ketengahkan perkara ini
D. Akan saya ketengahkan perkara ini

ulasan :
pilihan jawapab D betul kerana frasa kerja pasif diri pertama menepati rumus frasa kerja pasif dan hukum aneksi persona.

20. Dia mengucapkan terima kasih di atas pertolongan orang tua itu.

A. terima kasih untuk pertolongan
B. terima kasih atas pertolongan
C. terima kasih dengan pertolongan
D. terima kasih di atas pertolongan

ulasan :
pilihan jawapan C adalah betul kerana kata sendi nama atas digunakan dengan tepat yang bermaksud kerana manakala pilihan jawapan D salah kerana di atas bermaksud tempat di bahagian atas sepertu di atas pokok dan sebagainya.

21. Dalam lain-lain perkataan, kita mestilah saling menolong dan saling bekerjasama.

A. Dengan perkataan lain
B. Dengan lain kata
C. Dalam lain-lain kata
D. Dalam lain-lain perkataan

ulasan :
Hanya pilihan jawapan A sahaja yang menepati hukum D-M .

Soalan dan jawapan akhir tahun BM( penggunaan kata dalam ayat)

Soalan no 15
  1. Perkara itu telah dibincangkan di dalam mesyuarat yang lalu.
  2. Kita harus bertutur di dalam bahasa kebangsaan.
  3. Saya terpaksa menyimpan buku itu di dalam beg saya.
  4. Di dalam hal ini kita semua setuju.
Jawapan dan ulasan:

A. 3 sahaja
Frasa nama di dalam menunjukkan ruang. Hanya pilihan 3 sahaja yang menunjukkan ruang iaitu di dalam beg manakala mesyuarat,bahasa dan hal tidak menunjukkan ruang.

Soalan no 16

  1. Tali persahabatan mereka tetap teguh walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah.
  2. Hang Tuah tetap teguh setia kepada Sultan Melaka walaupun difitnah beberapa kali.
  3. Pokok kelapa yang condong itu belum tumbang kerana akarnya masih teguh mencengkam tanah.
  4. Hukuman yang teguh mestilah dikenakan terhadap pelajar-pelajar yang melanggar peraturan disiplin.
Jawapan dan ulasan :

C. 1, 2 dan 3
  • pilihan 1 betul kerana teguh bermaksud utuh atau erat dan sesuai digunakan dalam ayat.
  • pilihan 2 betul kerana bermaksud patuh dan taat.
  • pilihan 3 betul kerana bermaksud kukuh dan kuat.
  • pilihan 4 salah kerana perkataan teguh tidak dapat digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan yang sepatutnya ialah keras atau tegas.
Soalan no 17

  1. Semua bintang itu kusam dan kumal.
  2. Perempuan muda itu pun tersenyum dan warna mukanya yang kusam itu menjadi berseri-seri pula.
  3. Pelajar yang diserang penyakit H1N1 itu kelihatan pucat kusam.
  4. Di dalam pondok itu, kelihatan pengemis tua sedang bersandar menghadap lampu kecil yang kusam cahayanya.
Jawapan dan ulasan :
D 1, 2, 3 dan 4
  • pilihan 1 betul kerana kusam bermaksud tidak bercahaya.
  • pilihan 2 betul kerana kusam bermaksud wajah yang tidak berseri-seri atau muram.
  • pilihan 3 betul kerana kusam bermaksd pucat lesi.
  • pilihan 4 betul kerana kusam bermaksud cahaya yang kelam.


Soalan dan jawapan exam akhir tahun BM (mengenal pasti kesalahan)


8. Zul meninggalkan kampung untuk mengadu nasib dikota bagi memperoleh pekerjaa berbekal dengan kelulusan sijil sekolah rendah. Tiada kesalahan

jawapan dan ulasan :
C: dengan
kata yang berapitan ber........... -kan seperti berbekalkan dendaklah diikuti oleh kata nama bukan kata sendi. Hal ini demikian kerana imbuhan -kan pada kata berbekalkan sudah berperanan sebagai kata sendi. penggunaan dengan tidak diperlukan.

9.Oleh kerana telah lama berkecimpung dalam bidang kejurulatihan, dia dengan denagn mudah berjaya menjadi jurulatih pasukan bola sepak negeri Selangor. Tiada kesalahan

jawapan dan ulasan :
A. Oleh kerana
kerana ialah kata hubungan pancangan yang hadir dalam ayat majmuk pancangan keterangan sebab. frasa yang sesuai ialah oleh sebab kerana oleh hendaklah diikuti oleh kata nama.

10. Mayat bayi tidak berkepala yang dijumpai oleh orang kampung itu telah diserahkan kepada pihak polis. Tiada kesalahan.

jawapan dan ulasan :
D. Tiada kesalahan

11. Guru bimbingan itu mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajarnya pada waktu petang selama satu setengah jam. Tiada kesalahan

jawapan dan ulasan :
C: satu setengah jam
Dalam hukum DM frasa yang betul adalah satu jam setengah.

12. Kakanda mengucapkan tahniah kepada adik Alia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tiada kesalahan

jawapan dan ulasan :
B. adik
pasangan bagi perkataan kakanda ialah adinda.

13. Walaupun dia kaya dan pandai, dia tetap merendahkan diri dan menghormati orang yang lebih tua. Tiada kesalahan.

jawapan dan ulasan :
B. merendahkan
merendahkan diri bermaksud membongkokkan badan atau merendahkan ketinggian badan. Jawapan yang betul ialah merendah diri.

14. Ayah membeli sepasang baju kemeja untuk menyambut hari raya. Tiada kesalahan.

jawapan dan ulasan :
B. sepasang
baju kemeja tidak berpasangan. jawapan yang sesuai ialah sehelai

nanti cikgu update lagi ....


Friday, October 23, 2009

Soalan dan jawapan bagi exam akhir tahun BM 1 (bhg1)


1. Kamu tidak boleh ________ semua makanan dengan tangan kerana orang lain belum makan.

A. mencekuh
B. mencedok
C. mencekup
D. mencekut

Ulasan :

-mencekuh bermaksud memegang atau mengambil sesuatu dengan tangan
-mencedok bermaksud mengambil sesuatu dengan gayung atau senduk
-mencekup mengambil atau menyuapkan makanan dengan hujung jari atau menutup tapak tangan ke atas sesuatu.
- mencekup menangkap orang

2. Jari Imran _______ kerana terlalu lama menggunakan sabit untuk menebas rumput di kebun arwah datuknya.

A. melecit
B. melekit
C.melecet
D.meleret

Ulasan :

- melecit bermaksud terkeluar dengan pantas
-melekit bermaksud melekat sedikit
-melecet bermaksud luka yang berair atau melepuh
-panjang atau labuh

3.Penglihatan Fitri menjadi __________ setelah dimasuki agas ketika menunggang basikal.

A. berbalam-balam
B. berpudar-pudar
C. berkabur-kabur
D. berkunang-kunang

ulasan :

- berbalam-balam bermaksud tidak berapa terang dilihat atau kabur.
- berpudar-pudar bermaksud tidak berapa terang cahayanya , suram, tidak cerah lagi.
- berkabur-kabur bermaksud tidak dapat dilihat dengan terang atau denagn jelas.
- tidak dapat melihat dengan tepat kerana terlalu pening atau pandangan yang sebentar terang sebentar pudar atau dalam keadaan yang berpinar-pinar.

4. Buah epal yang disimpan di dalam peti sejuk itu sudah _____ dan tidak enak dimakan lagi.

A. layu
B. lisut
C. lusuh
D. busuk

ulasan :

- layu hanya sesuai bagi keadaan yang sudah tidak segar
- lisut bermaksud keadaan yang kecut atau kendur pada permukaan kulit
- lusuh bermaksud keadaan pakaian yang sudah rosak atau luntur kerana sudah terlalu lama terpakai.
- bau yang tidak menyenangkan atau keadaan sesuatu yang sudah rosak

5. Dengan ini _________ Encik Mohamad Ashraf bin Zainal Abiden telah memberikan sumbangan yang besar dalam penerbitan buku teks Bahasa MelayuTingkatan Lima

A. diakui
B. diperakui
C. diperakukan
D. diperaku

ulasan :

- diakui bermaksud dianggap sebagai sah atau sesungguhnya ada.
- diperakui bermaksud bentuk yang lewah
- diperakukan bermaksud diberi sokongan atau persetujuan
- diperaku merupakan bentuk yang tidak gramatis. tidak sesuai.

6. Bilik Naem berbau ______ kerana sebotol minyak kelapa tertumpah disitu pada minggu lepas.

A. hancing
B. tengik
C. cengis
D. bengit

ulasan :

- hancing bermaksud berbau busuk seperti air kencing
- tengik bermaksud bau atau rasa yang tidak sedap seperti minyak kelapa yang sudah lama disimpan.
- cengis bermaksud bau busuk seperti hangit serta masam
- bengit bermaksud sesak nafas

7. Cerpen yang ______ itu sungguh menarik.

A. kautulis
B. kau tulis
C. dikau tulis
D. kaumenulis

ulasan :

- kau adalah kata ganti nama diri singkat daripada engkau dan yidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya.
- kau tulis seharusnya dirapatkan.
-dikau tulis tidak diterima sebagai bahasa baku dalam konteks sekarang.
- kaumenulis seharusnya ditulis dalam bentuk pasif diri kedua iaitu kautulis

nanti cikgu sambung lagi... ada apa2 masalah leh komen





Wednesday, October 21, 2009

lepas pmr.. kini final year exam.......

sekejap aje dah nak final exam... tadi tengok muke korang semua. cikgu nampak ada yg cuak, ada yg risau dan dah tentu ada yg happy mcm tak ade benda aje berlaku...

papahal pun cikgu nak ucapkan semoga berjaya buat korang semua... baek bebudak yg kelas cikgu ajar mahupun bebudak yg cikgu tak ajar... buat elok2.. jgn mengalah pada soalan.... selagi ada masa terus berusaha untuk menjawap... cube dan cube jawap terutama bhg karangan dan soalan berbentuk struktur... esok kertas bahasa melayu...

kertas satu tak susah sangat.. senang aje... cume ada soalan yg sedikit mengelirukan... bace setiap soalan betul2... paham kan.. baru jawap... perhatikan ejaan sekali ok...

untuk kertas 2 lak... cube lah buat karangan yg paling bagus... rangka dulu karangan kamu, cari isi2 dulu... cube susun ayat2 kamu supaya lebih teratur dan cantik...

apa lagi cikgu nak cakap.. cikgu pun tak tahu... actually cikgu pun rase cuak gak... walaupun tak ambik exam... hehehehhe...

sekali lagi cikgu ucapkan selamat berjaya... all the best good luck... and berdoalah kat Allah..
kita dah berusaha.. dan sekarang berserah padanye... Semoga berjaya....

Doa cikgu untuk kejayaan korang semua... May Allah bless you...

Salam

Tuesday, October 6, 2009

PMR is just around the corner.....

speaking lak tajuk kali nie... hahahaha... kepada semua yg bakal menduduki exam PMR tak berapa jam lagi... selamat mengcountdown detik exam... buat exam elok2... jawab dengan tenang... jgn tidor... baca bismillah... in case korang stuck kat mana2 soalan... tinggalkan dulu.. buat soalan lain then lepas siap.. semak then buat soalan yg tertinggal... make sure korang semak jawapan...

kalau lah ade jawapan yg hampir tepat dan ragu2 mana satu jawapan yg betul... selawat 3 kali.. bace bismillah... n tande aje... lepas tu berserah saje... insya-Allah betul... dulu cikgu selalu buat mcm tu... luck baek.. betul pulak....

cikgu doakan korang semua dapat menjawap soalan... keberi ketenangan masa ambik exam... dibuka kan pintu hati... diperingatkan kembali semua yg korang telah belajar... Insya-Allah korang semua boleh....

SPM coming soon... soo ada masa lagi... lagi cepat abis lagi elok kan...

kepada budak2 ting2 2009... korang jgn pikir pmr jauh lagi... sekejap aje tuh... tak berapa bulan lagi... soo beringat lah...

Selamat hari raya.....

hahahahaha... giler lambat nak wish hari raya.. dah nak masuk deepavali dah.. tapi tak ape.. nak wish gak... mood rajin baru sampai.... besh lah korang sekarang nie kan... tengah cuti.... cuti cuti gak.. jgn lupe exam dan nak dekat... soo belajar2 lah... naek cuti nanti cikgu wat ujian senyap... ujian senyap tu hanya kertas satu... dia punya soalan ala2 periksa akhir tahun.... kalau nak tau mcm mana senangnye periksa akhir tahun... kene ambik ujian senyap...

Thursday, September 10, 2009

aku dah bunuh mak kau... makanan aku ok.. so aku ambik kau jadi anak angkat...

satu cerita yg menarik perhatian cikgu... korang kene tengok berilah pendapat korang....

seekor leoaprd nie telah membunuh seekor babun untuk dijadikan makanan.. tapi tengah dia nak makan babun nie, dia mendapati yg ada baby lah tengah menyusu dan babun tu... pada mulanya cikgu ingat, baby babon tu mmg matilah kene makan tapi kuasa Allah telah membuatkan leopard tu pi jaga baby babun tu...Subhanallah....







binatang pun ada rase tanggungjawap, rasa kasihan dan maybe rase bersalah setelah membunuh mak babun tu...siap protect baby babon tu dari hyena... sungguh indah kasih sayang tu kan.... semoga kita sesama ambik iktibar dari cerita ini... bg lah komen korang....

Friday, August 21, 2009

selamat berpuasa dan happy holiday....

Cikgu just nak wish selamat berpuasa, selamat bertarawih dan selamat bercuti..... korang dah besor... jgn tak puasa lak..... malu beb....

sebut pasal tak puasa.. teringat zaman sekolah dulu... kantoi tak puasa kat sekolah... hahahha... pedih telinga kene marah ngan ustaz.... ceramah lama giler.... dah lah ceramah... kene rotan lagi...papahal thanks ustaz.... tobat terus... heheheh... kene ceramah satu hal... denda dia yg besh... ustaz suruh pakai tag besar2.. gantung kat leher... kat tag tu tulis.. saya tak puasa... sambil pegang bekas plastik air.. pusing lah satu sekolah.... perg... malu giler... mmg tobat tak buat lagi lepas tu....

rase-rase.. sapa yang kantoi tak puasa...cikgu nak wat mcm nie lah... cume dulu tak ada kamera aje... la nie cikgu siap nak tangkap gambo lagi.. then masuk myspace... amacam korang setuju tak....

oklah.. tak tau nak ckp ape dah.. soo.. again cikgu nak wish selamat berpuasa dan bercuti... lupa lak nak cakap... JANGAN LUPE BUAT KERJA MASA CUTI YANG CIKGU BAGI........ yg tak dtg.. korang buat lah apa2 karangan... lepas tu bg kat cikgu lepas naek kelas nanti....

Monday, August 3, 2009

krs kuar kat sinar

sabtu lepas.. tarikh 1 Ogos 2009... KRS SMKS7 telah kuar kat surat khabo sinar.... banyak2 sekolah dan unit beruniform yg ada time tu KRS gak yg dipilih... cayalah... gambo tu di ambil sempena sambutan hari pahlawan.

.
Akhbar sinar 1 Ogos 2009

Friday, July 31, 2009

Hari Pahlawan...

Terlebih dahulu cikgu nak ucapkan selamat hari pahlawan kepada semua pahlawan2 negara yg telah berkorban jiwa dan raga untuk negara kita Malaysia... Jasa dan pengorbanan mereka semua... hanya Allah aje yg mampu membalasnye... So tadi cikgu telah mengiring KRS sekolah untuk sambutan hari pahlawan peringkat negeri Selangor... 2 hari berlatih untuk sambutan tersebut.... semangat betul dorang.... tapi kite merangcang.... segala-galanya Allah aje yg maha mengetahui.... Pagi tu, tengah best semua org berbaris... hujan turun selebat-lebatnya.... then majlis tu terpaksa dibatalkan... agak frust semua org... tapi tak ape... sijil dpt gak...