Friday, July 31, 2009

Hari Pahlawan...

Terlebih dahulu cikgu nak ucapkan selamat hari pahlawan kepada semua pahlawan2 negara yg telah berkorban jiwa dan raga untuk negara kita Malaysia... Jasa dan pengorbanan mereka semua... hanya Allah aje yg mampu membalasnye... So tadi cikgu telah mengiring KRS sekolah untuk sambutan hari pahlawan peringkat negeri Selangor... 2 hari berlatih untuk sambutan tersebut.... semangat betul dorang.... tapi kite merangcang.... segala-galanya Allah aje yg maha mengetahui.... Pagi tu, tengah best semua org berbaris... hujan turun selebat-lebatnya.... then majlis tu terpaksa dibatalkan... agak frust semua org... tapi tak ape... sijil dpt gak...












Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad dalam kenangan (1958- 2009)

Yasmin Ahmad bukan nama yang asing bagi kita. Cikgu percaya kita semua mengenali beliau. Cikgu mmg cukup kagum dengan hasil kerjanya. Setiap kali hari raya dan merdeka, mesti cikgu akan ternanti-nanti iklan yang mendapat sentuhan darinya. begitu juga dengan iklan tahun baru cina dan deepavali. Beliau banyak menggunakan unsur2 kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang dalam karja beliau. Idea dan pendekataan yang beliau gunakan cukup kreatif. Terus terang, cikgu banyak belajar dari beliau. Walaupun cikgu tidak pernah berjumpa, tapi setiap iklan dan movie yang arwah hasilkan pasti cikgu akan tengok dan belajar daripadanya. Semasa cikgu belajar di Universiti Multimedia dulu, cikgu pasti akan menjadikan hasil kerja beliau sebagai reference atau rujukan cikgu. Hasil kerja beliau selalu menjadi topik perbincangan cikgu dan rakan-rakan. Secara tidak langsung Yasmin Ahmad adalah guru kepada cikgu.

Cikgu lebih meminati iklan-iklan yang beliau hasilkan. Movie-movie beliau cikgu kurang minat sebab slow sket, banyak drama. Ngantok kalau cikgu tengok. walaupun begitu, semua cerita beliau mmg best dan unik, kreatif dan superb.

kat sini ada beberapa iklan tv yang dihasikan oleh beliau. Semoga Allah menggampunkan dosa-dosanya dan tempatkan rohnya di kalangan org2 yang beriman. Al-Fatihah.












Wednesday, July 15, 2009

Mandi Lumpur......

Sabtu lepas, antara aktiviti krs ialah orientaring dan rempuh halangan.... part rempuh halangan nie... ada aktiviti mandi lumpur.... syok giler ari tu.... seronok lah tengok bebudak krs berkubang dlm lumpur yg sekangkang kera tu.... papahal pun semua org enjoy n happy... balik basuh baju... Rugi kepada yang tak datang...












Monday, July 13, 2009

Lagu terakhir Michael Jackson

Semalam, kawan cikgu hantar kat cikgu lagu nie... difahamkan lagu terakhir Michael Jackson... album tak sempat nak keluar, Allah dah panggil dia.... Dari suara tersebut, mmg mcm suara Michael Jackson... korang judge lah sendiri....

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... Al-Fatihah


korang leh download lagu nie kat link nie

http://www.ziddu.com/download/5594315/MichaelJackson-GivesThanksToAllah.mp3.html

Monday, July 6, 2009

Cikgu kembali di Blog

Assalamualaikum.....

Mula-mula cikgu nak mintak maaf sebab sudah agak lama cikgu tidak mengemaskini kalau orang putih kata update blog nie. Masalah internet down, aktiviti sekolah yang berkederet, kerja-kerja yang nak disubmit dan banyak lagi lah... So sekarang nie cikgu updatelah blog cikgu.

Perhatian kepada pelajar 2 Budi dan 2 Cemerlang, korang boleh download tajuk sajak dan cerpen yang korang akan buat pembentangan. Tarikh pembentangan dan sistem pemarkahan akan cikgu bagitau kemudian. So korang boleh bersedia mencari maklumat dan berfikir bagaimana kamu nak present nanti..Papahal pun presentation nie cikgu akan buat dua minggu dari sekarang. So korang ada masa untuk buat satu persembahan yang menarik, kreatif dan lain dari yang lain. Beri komitmen korang pada presentation nie ok.

2Budi:-
http://www.ziddu.com/download/5497864/2budi.doc.html

2 Cemerlang:-
http://www.ziddu.com/download/5497875/2cem.doc.html