Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad dalam kenangan (1958- 2009)

Yasmin Ahmad bukan nama yang asing bagi kita. Cikgu percaya kita semua mengenali beliau. Cikgu mmg cukup kagum dengan hasil kerjanya. Setiap kali hari raya dan merdeka, mesti cikgu akan ternanti-nanti iklan yang mendapat sentuhan darinya. begitu juga dengan iklan tahun baru cina dan deepavali. Beliau banyak menggunakan unsur2 kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang dalam karja beliau. Idea dan pendekataan yang beliau gunakan cukup kreatif. Terus terang, cikgu banyak belajar dari beliau. Walaupun cikgu tidak pernah berjumpa, tapi setiap iklan dan movie yang arwah hasilkan pasti cikgu akan tengok dan belajar daripadanya. Semasa cikgu belajar di Universiti Multimedia dulu, cikgu pasti akan menjadikan hasil kerja beliau sebagai reference atau rujukan cikgu. Hasil kerja beliau selalu menjadi topik perbincangan cikgu dan rakan-rakan. Secara tidak langsung Yasmin Ahmad adalah guru kepada cikgu.

Cikgu lebih meminati iklan-iklan yang beliau hasilkan. Movie-movie beliau cikgu kurang minat sebab slow sket, banyak drama. Ngantok kalau cikgu tengok. walaupun begitu, semua cerita beliau mmg best dan unik, kreatif dan superb.

kat sini ada beberapa iklan tv yang dihasikan oleh beliau. Semoga Allah menggampunkan dosa-dosanya dan tempatkan rohnya di kalangan org2 yang beriman. Al-Fatihah.












2 comments:

  1. aduh... iklan-iklan die semua sedih dan terharu gile...

    ReplyDelete
  2. hahaah~
    best n terharu gilerr....
    seriously..

    ReplyDelete