Tuesday, April 28, 2009

Latihan Komsas-Pantun perpisahan... Khas tok kelas 2 budi....

tadi sebab tak sempat nak slain kerana perhimpunan... so cikgu upload nota kajian pantun perpisahan tu... bhg kajian wajib tulis tangan... dan bahagian soalan dibenarkan korang tampal...

esok cikgu akan terlibat denagn pertandingan kawad kaki... Besar kemungkinan cikgu tak masuk kelas... tapi toksah risau.. cikgu dah bagi kerja... okies...

nie link nak download nota dan soalan pantun perpisahan...

http://www.ziddu.com/download/4511460/prosatradisional-pantunperpisahan.doc.html

Saturday, April 18, 2009

Tahniah Pengakap dan KPA

Alhamdulillah.... tadi pertandingan kawad kaki peringat daerah untuk unit pengakap dan kadet pertahanan awam (KPA) telah selamat berlangsung... Semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang perkara yang tak elok..

Berita gembira untuk semua warga SMKS7, pengakap lelaki telah berjaya mendapat tempat kedua dan mereka akan bertanding diperingkat negeri. Tahniah dari cikgu untuk semua bebudak pengakap. To Taqi, Ammar,Nabil, Sobri, Amirul dan lain2 bebudak pengakap sekali lagi cikgu ucapkan tahniah dan cikgu Bangge dengan korang.

KPA dapat no lima keseluruhan... it not bad... tahniah untuk korang jugak.. korang sudah improve a lots... satu pencapaian yang sangat2 membanggakan....tak sia-sia korang botak...

dan khas buat KRS kesayangan cikgu, amacam kawan-kawan korang.. terase tercabar ke... jadikan kejayaan kawan-kawan korang sebagai satu semangat untuk korang berjaya pada hari selasa nanti... Cikgu yakin dengan korang... pengakap boleh... korang pasti boleh....

Kawad kaki peringkat sekolah nanti mmg best... cikgu terase betul2 teruja sangat....

Thursday, April 16, 2009

The Burung Hantu.....

Kelako jugak petang tadi... tengah best tengok KRS berkawad... ada seorang cikgu dtg bg tau kata ada burung hantu dalam tandas bebudak pompan... memule mcm tak caya.. mcm mana lak burung tu boleh ada dlm tandas pompan.... tapi lepas tu pi la tengok... masuk2 aje nampak sekor burung hantu dok belakang pintu tandas... dari air muke burung tu, nampak dia tengah stress maybe bebudak ramai sangat dok keliling dia... la nie burung tu masih ade kat umah cikgu... esok pagi nak pi hantar ke perhilitan.....


Bagai punggok rindukan bulan


gambo kenang-kenangan selepas menjinakan burung hantu



-the Owl-


ape pandang-pandang.. tak puas hati cakaplah....

Tuesday, April 14, 2009

camping ditunda

waduh... tadi ptg cikgu telah diberitahu yang pertandingan kawad kaki kadet remaja sekolah (KRS) telah ditunda ke hari selasa.... Jadi secara otomotik.... camping KRS pun ditunda.. sepatutnya Jumaat nie... kite kene buat ari Isnin... Papahal pun AJK yang telah dilantik tidak akan berubah cume akan ditambah AJK baru.. sbb bdk pompan pun akan join kem nie... Kelako doh...ada anak toyol dlm kawad krs tadi...

by the way..cikgu nak promote sket... kelas 2Azam dah ada blog mereka sendiri... bace2 lah sambil memeriahkan lagi industri blog malaysia.....

http://unityof2azam.blogspot.com/

Sunday, April 12, 2009

lamanya tak update...

lama benar cikgu tak update blog nie.. koje banyak lah... dengan pesta pantun, kawad krs, hari anugerah dan juga sakit gigi.... so cikgu just update sket aje... nak bg tau yang episod aku shafiz dah pun di update... kali nie ada rizal yang buat... lepas nie zetty lak yg sambung.. soo komen lah dan happy reading...