Sunday, March 29, 2009

Kursus penyembelihan dan akikah

Last Jumaat sekolah ada menganjurkan kursus penyembelihan dan akikah sempena sambutan Maulidur Rasul...2 ekor lembu telah disembeleh tapi yg sekor disembeleh kat pusat penyembelihan...cume sekor aje kene sembelih kat sekolah... lepas tu ada lak amali penyembelihan ayam untuk pelajar form 4.. cikgu pun ambil kesempatan tok menyembelih... first time experience nie... mmg menarik... malam tu ada pulak jamuan sup... meriah gile... macam kenduri.. tak sabo nak kawin rasenye... nak buat kat sekolah lah... baik cikgu dan student bergotong royong masak... tak ke meriah tu.... lepas tu paginye.. ada majlis Maulidur Rasul.. too bad cikgu tak dapat join sebab ada ujian.... gambo jamuan sup tu...nanti cikgu uploadkan..masih kat kamera...malas lah nak transfer lagi....

mendengar taklimat sebelum menyembelih

lawa gigi dia

sebelum dilapah


geng algojo( tukang sembelih)


saat-saat akhir


deenie kusyuk mendengar



menggelatar tangan si doyot


dia nie nampak aje ayu..tapi rilek aje


cikgu azlina....

cikgu dan ayam

Tuesday, March 17, 2009

Seven's Sport Day

Sukan tahunan sekolah last Wednesday memang best dan cikgu really enjoy myself hari tu. Walaupun penat tapi tak kisah sebab setahun sekali saje... Untuk team perbarisan rumah merah cikgu nak ucapkan tahniah untuk korang. Kita berlatih hari Jumaat dan Selasa saje tapi kita still boleh dapat no 2. Cayalah korang.Thanks to Zufa and Mimie yang mengajar bebudak nie kawad.

Team perbarisan rumah merah

Lompatan emas Jimie

Panji-panji Boys

Walapu pun merah dah lead untuk sukantara tapi rezeki kita untuk jadi johan tahun nie tak ada lagi. Tak apelah yang penting semua orang enjoy. Okies so cikgu kongsi sikit gambar-gambar hari sukan tu. ada banyak lagi sebenarnya tapi malas lah nak edit. ada beberapa keping lagi di myspace cikgu.



Walaupun kalah kami tetap happy

Bergambo sebelum balik


Monday, March 16, 2009

Pahlawan Pasir Salak

Penat cikgu membaca novel tu dan akhirnya siap gaklah kajian tentang novel Pahlawan Pasir Salak. Korang dah abis ke bace novel tu. So kat sini adalah sikit nota-nota tentang Novel Pahlawan Pasir Salak. Nota-nota nie cikgu dah asingkan mengikut kategori. So nanti kalau keluar dalam exam tu lah jawapan nye. Biasanya dalam exam soalan dia tak berubah. Nanti kat kelas cikgu akan bagi bentuk soalan pulak.

Apa yang korang perlu buat, pertama download dulu nota nie, kedua print, ketiga tampal dalam buku komsas dan last sekali baca. Kalau nak rajin lagi salin lah. Lebih dialu-alukan. Kalau nak buat sendiri lagi bagus.

Lepas cuti nanti cikgu nak tengok nota ini ada dalam buku. Tolong bagi tau kat kengkawan yang lain. Selamat bercuti.

Link untuk Nota Pahlawan Pasir Salak :-

http://www.ziddu.com/download/3886825/PahlawanPasirSalak.doc.html

Nota tambahan :-

Kerja masa cuti korang

1. Nota Pahlawan Pasir Salak.
2. Karangan


Saturday, March 14, 2009

Aku Shafiz update dan cuti sekolah

Blog novel aku Shafiz telah diupdate.... thanks to Safuan kerana volunteer nak sambung cerita ini setelah faizwan tidak dapat menghantar sambungan cerita ini. Korang boleh lah bace sambungan cerita ini.Disebabkan cuti sekolah sekarang nie... Novel ini mungkin lambat diupdate sekali lagi.

Papahal.... cikgu nak ucapkan selamat bercuti dan jaga diri elok-elok.. Kerja sekolah jangan lupe buat...

Wednesday, March 11, 2009

Esok dan result SPM

Sekejap aje kan... result SPM dan nak kuar dan yang pastinya esok korang akan dapat result. Cikgu punya berdebar tunggu result korang samalah mcm zaman cikgu nak ambik result SPM dulu kira-kira 10 tahun yang lalu.... Apa-apalah pun cikgu nak ucapkan tahniah kat korang semua sebab korang berjaya melalui zaman sekolah dan telah lakukan yang terbaik untuk korang. walau ape pun keputusan dia, cikgu bangga dengan korang. Cikgu doakan korang akan selamat dunia akhirat. All the best for your future and hopefully we can still keep in touch...

Kepada yang akan melaporkan diri untuk PLKN selamat maju jaya. Syabas kerana terpilih dan yang penting enjoy yourself there. Nanti ceritakan pengalaman korang yek.. cikgu teringin nak dengo.


Ahad lepas cikgu mmg seronok sangat dapat hang out dengan korang. Walaupun cikgu tak reti main bowling sebab korang cikgu main jugak. Gambo hanya dapat sekeping aje..Okies..

Cikgu akan merindui korang semua... dah dapat result jangan lupe bagi tau cikgu

Tuesday, March 10, 2009

MARKAH UJIAN BULAN MAC BAHASA MELAYU

Akhirnya siap jugak cikgu menanda markah kertas ujian bulan Mac Bahasa Melayu korang. Mintak maaf sebab lambat sikit bagi markah kat korang. Bagi kedua-dua buah kelas 2Budi dan 2 Gigih, syabas kerana korang semua berjaya melepasi target lulus yang telah cikgu sasarkan bagi kelas masing-masing.

Siapa kata korang tak bagus, berdasarkan daripada ujian ini, cikgu boleh buat kesimpulan korang semua mmg budak hebat, serius sikit dlm pelajaran, banyak buat latihan dan kalau tak tahu bertanya. Cikgu sedia membantu korang. Pedulikan apa oarang lain nak kata pasal prestasi keals dorang. Target kita sekarang ujian pertengahan tahun. Cikgu percaya denagn korang dan korang pun kene percaya pada diri korang semua.

Kepada yang gagal, jangan sedih. Kita akan sama-sama pastikan korang semua lulus. Cikgu akan membantu korang. yang penting korang kenalah bantu diri korang jugak. Dan for those yang lulus, bantu-bantu lah kawan-kawan.. kita belajar sama-sama.... dan kita berjaya sama-sama. Pastikan ujian akan datang korang akan buat lagi hebat dari ujian bulan Mac..

untuk download markah, klik link ini

link for result 2Budi
http://www.ziddu.com/download/3812573/2BUDI.doc.html

link for result 2Gigih
http://www.ziddu.com/download/3812683/2GIGIH.doc.html

Thursday, March 5, 2009

Aku...Shafiz updated!!!

Disebabkan ujian bulan Mac, episod keenam Aku... Shafiz lambat diupdate. Mintak maaf kerana terpaksa menunggu dan terima kasih kerana support novel nie. Kepada semua pelajar 2Budi. Teruskan menulis kerana ramai pembaca blog yang membaca cerita ini.

Penulis seterusnya ialah Faiezwan. Kita nantikanlah macam mana pulak perjalanan hidup Shafiz nie. Tahniah untuk Nawarzir kerana sambungan cerita ini. Selamat membaca dan teruskan memberi komen.

Markah tidak rasmi korang semua akan cikgu update kat blog cikgu paling lewat hari Ahad ini. Harap bersabar.