Saturday, October 24, 2009

Soalan dan jawapan akhir tahun BM( penggunaan kata dalam ayat)

Soalan no 15
  1. Perkara itu telah dibincangkan di dalam mesyuarat yang lalu.
  2. Kita harus bertutur di dalam bahasa kebangsaan.
  3. Saya terpaksa menyimpan buku itu di dalam beg saya.
  4. Di dalam hal ini kita semua setuju.
Jawapan dan ulasan:

A. 3 sahaja
Frasa nama di dalam menunjukkan ruang. Hanya pilihan 3 sahaja yang menunjukkan ruang iaitu di dalam beg manakala mesyuarat,bahasa dan hal tidak menunjukkan ruang.

Soalan no 16

  1. Tali persahabatan mereka tetap teguh walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah.
  2. Hang Tuah tetap teguh setia kepada Sultan Melaka walaupun difitnah beberapa kali.
  3. Pokok kelapa yang condong itu belum tumbang kerana akarnya masih teguh mencengkam tanah.
  4. Hukuman yang teguh mestilah dikenakan terhadap pelajar-pelajar yang melanggar peraturan disiplin.
Jawapan dan ulasan :

C. 1, 2 dan 3
  • pilihan 1 betul kerana teguh bermaksud utuh atau erat dan sesuai digunakan dalam ayat.
  • pilihan 2 betul kerana bermaksud patuh dan taat.
  • pilihan 3 betul kerana bermaksud kukuh dan kuat.
  • pilihan 4 salah kerana perkataan teguh tidak dapat digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan yang sepatutnya ialah keras atau tegas.
Soalan no 17

  1. Semua bintang itu kusam dan kumal.
  2. Perempuan muda itu pun tersenyum dan warna mukanya yang kusam itu menjadi berseri-seri pula.
  3. Pelajar yang diserang penyakit H1N1 itu kelihatan pucat kusam.
  4. Di dalam pondok itu, kelihatan pengemis tua sedang bersandar menghadap lampu kecil yang kusam cahayanya.
Jawapan dan ulasan :
D 1, 2, 3 dan 4
  • pilihan 1 betul kerana kusam bermaksud tidak bercahaya.
  • pilihan 2 betul kerana kusam bermaksud wajah yang tidak berseri-seri atau muram.
  • pilihan 3 betul kerana kusam bermaksd pucat lesi.
  • pilihan 4 betul kerana kusam bermaksud cahaya yang kelam.


No comments:

Post a Comment