Saturday, October 24, 2009

Soalan dan jawapan exam akhir tahun BM (membetulkan struktur ayat)

18. Kemajuan pembangunan di negara ini kian berkembang daripada tahun ke setahun.

A. diperkembangkan dari setahun ke setahun.
B. berkembang dari tahun ke setahun.
C. berkembang dari setahun ke setahun.
D. berkembang daripada tahun ke setahun.

ulasan :
kata kerja transitif berkembang dan frasa nama dari ...... ke tepat digunakan dan frasa setahun ke setahun betul penggunaannya.

19. Akan saya ketengahkan perkara ini supaya tindakan dapat diambil oleh pihak sekolah.

A. Perkara ini akan saya mengetengahkan
B. Akan saya mengetengahkan perkara ini
C. Saya akan ketengahkan perkara ini
D. Akan saya ketengahkan perkara ini

ulasan :
pilihan jawapab D betul kerana frasa kerja pasif diri pertama menepati rumus frasa kerja pasif dan hukum aneksi persona.

20. Dia mengucapkan terima kasih di atas pertolongan orang tua itu.

A. terima kasih untuk pertolongan
B. terima kasih atas pertolongan
C. terima kasih dengan pertolongan
D. terima kasih di atas pertolongan

ulasan :
pilihan jawapan C adalah betul kerana kata sendi nama atas digunakan dengan tepat yang bermaksud kerana manakala pilihan jawapan D salah kerana di atas bermaksud tempat di bahagian atas sepertu di atas pokok dan sebagainya.

21. Dalam lain-lain perkataan, kita mestilah saling menolong dan saling bekerjasama.

A. Dengan perkataan lain
B. Dengan lain kata
C. Dalam lain-lain kata
D. Dalam lain-lain perkataan

ulasan :
Hanya pilihan jawapan A sahaja yang menepati hukum D-M .

No comments:

Post a Comment