1. Kamu tidak boleh ________ semua makanan dengan tangan kerana orang lain belum makan.
A. mencekuh
B. mencedok
C. mencekup
D. mencekut
Ulasan :
-mencekuh bermaksud memegang atau mengambil sesuatu dengan tangan
-mencedok bermaksud mengambil sesuatu dengan gayung atau senduk
-mencekup mengambil atau menyuapkan makanan dengan hujung jari atau menutup tapak tangan ke atas sesuatu.
- mencekup menangkap orang
2. Jari Imran _______ kerana terlalu lama menggunakan sabit untuk menebas rumput di kebun arwah datuknya.
A. melecit
B. melekit
C.melecet
D.meleret
Ulasan :
- melecit bermaksud terkeluar dengan pantas
-melekit bermaksud melekat sedikit
-melecet bermaksud luka yang berair atau melepuh
-panjang atau labuh
3.Penglihatan Fitri menjadi __________ setelah dimasuki agas ketika menunggang basikal.
A. berbalam-balam
B. berpudar-pudar
C. berkabur-kabur
D. berkunang-kunang
ulasan :
- berbalam-balam bermaksud tidak berapa terang dilihat atau kabur.
- berpudar-pudar bermaksud tidak berapa terang cahayanya , suram, tidak cerah lagi.
- berkabur-kabur bermaksud tidak dapat dilihat dengan terang atau denagn jelas.
- tidak dapat melihat dengan tepat kerana terlalu pening atau pandangan yang sebentar terang sebentar pudar atau dalam keadaan yang berpinar-pinar.
4. Buah epal yang disimpan di dalam peti sejuk itu sudah _____ dan tidak enak dimakan lagi.
A. layu
B. lisut
C. lusuh
D. busuk
ulasan :
- layu hanya sesuai bagi keadaan yang sudah tidak segar
- lisut bermaksud keadaan yang kecut atau kendur pada permukaan kulit
- lusuh bermaksud keadaan pakaian yang sudah rosak atau luntur kerana sudah terlalu lama terpakai.
- bau yang tidak menyenangkan atau keadaan sesuatu yang sudah rosak
5. Dengan ini _________ Encik Mohamad Ashraf bin Zainal Abiden telah memberikan sumbangan yang besar dalam penerbitan buku teks Bahasa MelayuTingkatan Lima
A. diakui
B. diperakui
C. diperakukan
D. diperaku
ulasan :
- diakui bermaksud dianggap sebagai sah atau sesungguhnya ada.
- diperakui bermaksud bentuk yang lewah
- diperakukan bermaksud diberi sokongan atau persetujuan
- diperaku merupakan bentuk yang tidak gramatis. tidak sesuai.
6. Bilik Naem berbau ______ kerana sebotol minyak kelapa tertumpah disitu pada minggu lepas.
A. hancing
B. tengik
C. cengis
D. bengit
ulasan :
- hancing bermaksud berbau busuk seperti air kencing
- tengik bermaksud bau atau rasa yang tidak sedap seperti minyak kelapa yang sudah lama disimpan.
- cengis bermaksud bau busuk seperti hangit serta masam
- bengit bermaksud sesak nafas
7. Cerpen yang ______ itu sungguh menarik.
A. kautulis
B. kau tulis
C. dikau tulis
D. kaumenulis
ulasan :
- kau adalah kata ganti nama diri singkat daripada engkau dan yidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya.
- kau tulis seharusnya dirapatkan.
-dikau tulis tidak diterima sebagai bahasa baku dalam konteks sekarang.
- kaumenulis seharusnya ditulis dalam bentuk pasif diri kedua iaitu kautulis
nanti cikgu sambung lagi... ada apa2 masalah leh komen

No!!!!!!!!!!
ReplyDeletekenapalah saya pergi baca post cikgu yang ini..
boleh gila saya =.=
TIDAKKK TT
ReplyDeletebtol kate wafa.TT
ALAMAK!!!
ReplyDelete2 soalan jerr saye btol!!
AAAHHHH!!!
T_T
tidakkkkkkk!
ReplyDelete2 soalan je betol T.T
lek lek jangan panik... banyak lagi soalan
ReplyDelete-.-
ReplyDeleteApe ke susah sngt cikgu -.- lg susah dr form 4 nyer soalan....
ReplyDeletesapa yg buat kertas :D
(hahah cam saya plak ambik exam)
aku dah agak dah...
ReplyDeletesalah banyak ...
haha