Saturday, October 24, 2009

Soalan dan jawapan exam akhir tahun BM (mengenal pasti kesalahan)


8. Zul meninggalkan kampung untuk mengadu nasib dikota bagi memperoleh pekerjaa berbekal dengan kelulusan sijil sekolah rendah. Tiada kesalahan

jawapan dan ulasan :
C: dengan
kata yang berapitan ber........... -kan seperti berbekalkan dendaklah diikuti oleh kata nama bukan kata sendi. Hal ini demikian kerana imbuhan -kan pada kata berbekalkan sudah berperanan sebagai kata sendi. penggunaan dengan tidak diperlukan.

9.Oleh kerana telah lama berkecimpung dalam bidang kejurulatihan, dia dengan denagn mudah berjaya menjadi jurulatih pasukan bola sepak negeri Selangor. Tiada kesalahan

jawapan dan ulasan :
A. Oleh kerana
kerana ialah kata hubungan pancangan yang hadir dalam ayat majmuk pancangan keterangan sebab. frasa yang sesuai ialah oleh sebab kerana oleh hendaklah diikuti oleh kata nama.

10. Mayat bayi tidak berkepala yang dijumpai oleh orang kampung itu telah diserahkan kepada pihak polis. Tiada kesalahan.

jawapan dan ulasan :
D. Tiada kesalahan

11. Guru bimbingan itu mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajarnya pada waktu petang selama satu setengah jam. Tiada kesalahan

jawapan dan ulasan :
C: satu setengah jam
Dalam hukum DM frasa yang betul adalah satu jam setengah.

12. Kakanda mengucapkan tahniah kepada adik Alia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tiada kesalahan

jawapan dan ulasan :
B. adik
pasangan bagi perkataan kakanda ialah adinda.

13. Walaupun dia kaya dan pandai, dia tetap merendahkan diri dan menghormati orang yang lebih tua. Tiada kesalahan.

jawapan dan ulasan :
B. merendahkan
merendahkan diri bermaksud membongkokkan badan atau merendahkan ketinggian badan. Jawapan yang betul ialah merendah diri.

14. Ayah membeli sepasang baju kemeja untuk menyambut hari raya. Tiada kesalahan.

jawapan dan ulasan :
B. sepasang
baju kemeja tidak berpasangan. jawapan yang sesuai ialah sehelai

nanti cikgu update lagi ....


3 comments: