Saturday, October 31, 2009

Soalan dan jawapan BM 1 (memilih ayat yang betul)

Soalan no 25:

  1. Faiz menghalau semua lembu-lembunya ke dalam kandang.
  2. Surat-surat itu kami sudah terima pada minggu lepas lagi.
  3. Adakah mereka akan datang lagi ke sekolah pada minggu depan?
  4. Berita keganasan harimau yang membaham beberapa orang petani pada minggu lepas menjadi tajuk utama berita.
Jawapan dan ulasan :

D. 3 dan 4
  • pilihan jawapan 1 salah kerana penggunaan kata nama bilangan yang digandakan iaitu semua lembu-lembunya. Yang betul ialah semua lembunya atau lembu-lembunya.
  • pilihan jawapan 2 salah kerana mengandungi kesalahan pembentukan struktur ayat pasif pelaku diri pertama. Frasa yang betul ialah sudah kami terima
  • pilihan jawapan 3 dan 4 tiada kesalahan.

Soalan no 26 :
  1. Pada setiap petang Tok Aqi akan duduk diserambi sambil menghisap paip.
  2. Beriadah sebaik-baiknya dijadikan aktiviti pada hujung minggu.
  3. Sektor pertanian merupakan kegiatan penting bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan tempatan.
  4. Polis membuat serbuat di atas penjaja yang menjual VCD haram di sepanjang laluan itu.
Jawapan dan ulasan :

B. 2 dan 3
  • pilihan jawapan 1 salah kerana frasa sendi nama diserambi seharusnya dieja secara jarak iaitu di serambi.
  • pilihan jawpan 4 salah kerana frasa sendi nama di atas tidak sesuai. Jawpaan yang betul ialah terhadap. Di atas bermaksud tempat atau bahagian sebelah atas seperti di atas meja.
  • pilihan jawapan 2 dan 3 tiada kesalahan.

Soalan no 27 :
  1. Anak kambing yang hilang itu akhirnya ditemukan terjatuh di dalam sumur di belakang rumah tuannya.
  2. Kadang kala kita tidak dapat menyangka natijah daripada ujian yang menimpa kita.
  3. Penduduk kampung terpaksa mengharungi air bah yang semakin tinggi selepas hujan turun dengan tidak berhenti-henti.
  4. Harta pusaka tinggalan datuknya telah habis tergadai kerana dijadikan sebagai taruhan.

Jawapan dan ulasan :


D. 1, 2, 3 dan 4
Semua pilihan jawapan tiada kesalahan.

No comments:

Post a Comment