Bahagian ringkasan cikgu dah habis semak. selesai satu lagi perkara. Kesimpulan yang cikgu boleh buat ialah, korang sudah boleh mengenal pasti isi-isi penting.Bagus, syabas dan tahniah. So markah isi kebanyakkan dapat markah penuh. Walaubagaimanapun , terdapat beberapa perkara yang tak sepatut korang buat kerana perkara ini boleh mengurangkan markah korang.
Antaranya :
- Ada pelajar menulis melebihi 80 patah perkataan. Perlu diingat dalam exam PMR nanti lebih 80 perkataan aje pemeriksa tak nak semak. Isi-isi terdapat pada 80 perkataan yang lebih itu tak akan dikira.. ruginyeee....
- Ada juga antara korang yang still buat perenggan... Dah kata jangan buat... tapi masih ade yang buat... so next time jangan buat ok..
- Pembuat pendahuluan seperti pendahuluan karangan.. Dalam ringkasan tak payah benda tuh.. jawap terus apa yang dia nak sbb korang ada 80 patah perkataan aje..
- Dalam ringkasan tak perlu nak selitkan peribahasa, kata-kata hikmah, perumpamaan dan seangkatan dengannya. jangan membazir perkataan dan masa.
- Ayat tergantung cth : kepentingan pembacaan kepada pelajar ialah memberi manfaat. sampai situ saja, manfaat ape.
- Ada juga pelajar yang membuat kesimpulan di akhir ringkasan.
- ada juga pelajar yang tak jawap langsung. Sekiranya korang tak tau nak wat ape.. blur sangat... salin aje balik petikan tersebut.. sekurang-kurangnya dapat markah bahasa.
ok.. rase-rase itu aje kot benda-benda yang perlu kamu elakkan dalam ringkasan ok.. nanti cikgu update lagi jawapan dan ulasan bm kertas 1.